Tarikh hari ini:-

Khamis, 23 Jun 2011

ISTERIKAH NUSYUZ ATAU SUAMI YANG DERHAKA

Dalam bahasa kita nusyuz ni ingkar atau derhaka. Persoalannya bila sebut sahaja nusyuz atau derhaka ni selalunya "macam" terfokus kepada isteri. Isteri derhaka, tak taat suami tak hormat suami tak nak layan suami dan macam-macam lagi kesalahan diletakkan ke atas wanita yang bergelar isteri. Kesian orang perempuan ni dah la buat kerja macam-macam, siang, malam, pagi, petang nak cuti pun susah sebab kerja tak pernah selesai. Yang lagi hebat, kalau anak 5,6,7,8,9 dan keatas lepas tu tak ada pembantu... Ya Allah ... faham-faham sahajalah. Tapi orang perempuan ni dicipta oleh Allah walaupun fizikalnya nampak lemah tapi kekuatan dalamannya memang hebat lebih-lebih lagi jika untuk suami dan anak-anak yang sangat-sangat dikasihi. Sebab itulah berkorban terkorban pengorbanan sangat sinonim di dalam diari kehidupan seorang wanita.

Hukum nusyuz atau derhaka ni memang jelas haram, bila dah haram bila dilakukan maka berdosa. Sebagai seorang yang beriman bila sebut dosa tentu kita takut sebab bila dah berdosa kalau tak bertaubat hadiahnya adalah neraka Nauzubillahi min zalik.

Oleh itu berhati-hati dalam tindak tanduk kita supaya tidak dikategorikan sebagai isteri yang derhaka. Kalau ada minta maaf cepat2 sebab kematian itu datang tak tentu masa bila-bila sahaja.

Bila sebut tentang nusyuz atau derhaka ni, adakah isteri sahaja yang nusyuz, bagaimana pula suami?

Isteri dikatakan nusyuz jika tidak mentaati suami sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah Taala. Isteri wajib mentaati suami tapi bersyarat iaitu sebagaimana yang diwajibkan oleh hukum syarak. Kalau suami tak bagi tutup aurat tak bagi belajar ilmu fardhu ain maka bukanlah nusyuz jika tidak dipatuhi. Ketaatan yang dituntut oleh Islam ada panduan sebagai rujukan dan bukan sewenang-wenangnya.

Suami juga dikatakan nusyuz, jika berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah atau bercakap atau bertindak kasar terhadap isteri atau tidak menunakan hak isteri dalam pembahagian giliran bermalam. (rujuk kitab terjemahan Al-fiqh Al-Manhaji jilid 4 ms 849)

Tak beri nafkah, tak nak bercakap dengan isteri, pukul isteri, tak nak balik rumah isteri tua bila dah dapat isteri muda dan sebagainya...itu perbuatan derhaka dari pihak suami terhadap isteri.

Isteri juga berhak menasihati suami sebagaimana suami berhak menasihati isteri. Jika peringatan dan nasihat yang diberikan oleh isteri tidak berkesan, masalah tersebut wajar dibawa ke Mahkamah bagi isteri untuk mendapatkan haknya. Ini kerana hakim di Mahkamah dilantik untuk mengembalikan hak kepada empunya hak khususnya bagi isteri- isteri yang tidak mampu mendapatkan haknya secara perundingan.

Suami berduit tapi tak nak bagi kat isteri katanya isteri bekerja jadi tanggunglah diri sendiri, adakah itu juga kategori derhaka ya, tak berani nak declare. Tapi yang jelas itu suami yang kedekut Sabda Rasulullah "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik kepada ahli keluarganya dan saya adalah orang yang paling baik di kalangan kamu kepada ahli keluarga saya"

Tak salah jika Isteri bekerja dengan izin suami, ditambah pula perkerjaan isteri memang tak bercanggah dari hukum syarak tapi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isteri tetap tidak gugur...

Satu penyakit yang menular dalam masyarakat kita ialah masalah komunikasi antara suami dan isteri, kadang-kadang seminggu tak bercakap alasannya tak ada apa yang nak dibualkan, tapi yang peliknya ditempat kerja masing-masing diiktiraf kaki sembang, pandai bercerita, hebat dihadapan rakan sekerja tapi bila balik rumah out..bercakap tak nak, senyum pun susah, telefon pun tak nak masing-masing bawa diri masing-masing sorang gi timur dan sorang di barat, anak-anak pun jadi confius arah tuju keluarga yang hendak dibina oleh ibu bapa mereka. Masing-masing lebih prihatin dan ambil berat hal-hal orang luar dari keluarga sendiri sedangkan hadis diatas jelas menyatakan siapakah "sebaik-baik kamu"....


Kesimpulannya nusyuz atau derhaka, bukan sahaja dari pihak isteri bahkan suami juga, oleh itu muhasabah diri dari masa ke semasa. Semua orang nak hidup bahagia bersama orang yang dikasihi. Pada pendapat saya corak atau warna kehidupan dalam keluarga yang kita bina adalah pilihan kita sendiri... bahagia atau derita tanya diri sendiri.. Allah beri aqal untuk berfikir dan gunakan sebaik mungkin jangan disebabkan keegoan diri sendiri menghancurkan kebahagian diri sendiri dan insan-insan yang berada disekeliling kita...

Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita semua..

Selasa, 17 Mei 2011

Hukum Wanita Bekerja (Keputusan Majlis Fiqh Dunia)

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

وقد ناقش مجمع الفقه الإسلامي في دورته السادسة عشرة هذا الموضوع ، وخرج بهذا القرار:-
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته السادسة عشرة بدبي ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 30 صفر إلى 5 ربيع الأول 1426هـ ، الموافق 9 - 14 نيسان ( أبريل ) 2005م ،
بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع اختلافات الزوج والزوجة الموظفة ، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله ،

قرر ما يأتي :
أولاً : انفصال الذمة المالية بين الزوجين :
للزوجة الأهلية الكاملة والذمة المالية المستقلة التامة ، ولها الحق المطلق في إطار أحكام الشرع بما تكسبه من عملها ، ولها ثرواتها الخاصة ، ولها حق التملك وحق التصرف بما تملك ولا سلطان للزوج على مالها ، ولا تحتاج لإذن الزوج في التملك والتصرف بمالها .

ثانياً : النفقة الزوجية :
تستحق الزوجة النفقة الكاملة المقررة بالمعروف ، وبحسب سعة الزوج وبما يتناسب مع الأعراف الصحيحة والتقاليد الاجتماعية المقبولة شرعاً ، ولا تسقط هذه النفقة إلا بالنشوز .

ثالثاً : عمل الزوجة خارج البيت :
(1) من المسؤوليات الأساسية للزوجة رعاية الأسرة وتربية النشء والعناية بجيل المستقبل ، ويحق لها عند الحاجة أن تمارس خارج البيت الأعمال التي تتناسب مع طبيعتها واختصاصها بمقتضى الأعراف المقبولة شرعاً مع طبيعتها واختصاصها بشرط الالتزام بالأحكام الدينية ، والآداب الشرعية ، ومراعاة مسؤوليتها الأساسية .
(2) إن خروج الزوجة للعمل لا يسقط نفقتها الواجبة على الزوج المقررة شرعاً ، وفق الضوابط الشرعية ، ما لم يتحقق في ذلك الخروج معنى النشوز المُسقط للنفقة .

رابعاً : مشاركة الزوجة في نفقات الأسرة :
(1) لا يجب على الزوجة شرعاً المشاركة في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء ، ولا يجوز إلزامها بذلك .
(2) تطوع الزوجة بالمشاركة في نفقات الأسرة أمر مندوب إليه شرعاً لما يترتب عليه من تحقيق معنى التعاون والتآزر والتآلف بين الزوجين .
(3) يجوز أن يتم تفاهم الزوجين واتفاقهما الرضائي على مصير الراتب أو الأجر الذي تكسبه الزوجة .
(4) إذا ترتب على خروج الزوجة للعمل نفقات إضافية تخصها فإنها تتحمل تلك النفقات .

خامساً : اشتراط العمل :
(1) يجوز للزوجة أن تشترط في عقد الزواج أن تعمل خارج البيت فإن رضى الزوج بذلك ألزم به ، ويكون الاشتراط عند العقد صراحة .
(2) يجوز للزوج أن يطلب من الزوجة ترك العمل بعد إذنه به إذا كان الترك في مصلحة الأسرة والأولاد .
(3) لا يجوز شرعاً ربط الإذن ( أو الاشتراط ) للزوجة بالعمل خارج البيت مقابل الاشتراك في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء أو إعطائه جزءاً من راتبها وكسبها .
(4) ليس للزوج أن يُجبر الزوجة على العمل خارج البيت .

سادساً : اشتراك الزوجة في التملّك :
إذا أسهمت الزوجة فعلياً من مالها أو كسب عملها في تملك مسكن أو عقار أو مشروع تجاري فإن لها الحق في الاشتراك في ملكية ذلك المسكن أو المشروع بنسبة المال الذي أسهمت به .

سابعاً : إساءة استعمال الحق في مجال العمل :
(1) للزواج حقوق وواجبات متبادلة بين الزوجين ، وهي محددة شرعاً وينبغي أن تقوم العلاقة بين الزوجين على العدل والتكافل والتناصر والتراحم ، والخروج عليها تعدٍ محرم شرعاً .

(2) لا يجوز للزوج أن يسيء استعمال الحق بمنع الزوجة من العمل أو مطالبتها بتركه إذا كان بقصد الإضرار ، أو ترتب على ذلك مفسدة وضرر يربو على المصلحة المرتجاة .
ينطبق هذا على الزوجة إذا قصدت من البقاء في عملها الإضرار بالزوج أو الأسرة أو ترتب على عملها ضرر يربو على المصلحة المرتجاة منه .



TERJEMAHANNYA :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami.
Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
(Tamat terjemahan)

* Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah. Wallahua'lam.

Rabu, 9 Mac 2011

CIRI UNIVERSAL DI DALAM SYARI`AH ISLAMIYYAH

بسم الله الرحمن الرحيم
CIRI UNIVERSAL DI DALAM SYARI`AH ISLAMIYYAH

Ta`rif Syariah dan Fiqh dari sudut bahasa dan istilah syara`
Pengertian Syariah dari sudut bahasa boleh didefinasikan (الطريقة المستقيمة) sebagai jalan yang lurus atau panduan. Ia juga boleh diertikan sebagai saluran air yang menjadi sumber minuman
Sebagaimana firman Allah dalam Al Quran

       •        

Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Didalam falsafah perundangan Islam , perkataan syariat mempunyai banyak makna. Salah satu daripadanya seperti yang tersebut dalam kamu-kamus Arab:
1. Telah masuk ke dalam air atau telah meminum air dengan kedua-dua tangannya.
2. Jalan kearah air.
3. Tempat keluarnya mata air.
Kaitan perkataan syariat dengan makna kamus yang disebutkan di atas, memberikan semacam tanggapan bahawa apa yang dikatakan syariat itu diperlukan oleh manusia seluruhnya. Manusia memerlukan air untuk meneruskan kehidupannya, ianya merupakan persoalan antara kehidupan dan kematian. Fungsi air disebut didalam al Quran

     •       

Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Ini bererti air adalah sumber kehidupan dan penghidupan. Tiada kehidupan tanpa air dan tidak ada air maka tiadalah penghidupan. Berkenaan sesuatu yang menghidupkan dalam konteks Islam Allah berfirman:
           
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna;

Ayat diatas seolah-olah memberi peringatan kepada manusia yang beriman bahawa dengan menyahut seruan Allah swt dan RasulNya dalam menegakkan hukum-hakam Allah dalam segenap aspek kehidupan maka akan memberi penghidupan yang lebih bernilai dan berharga kepada manusia. Jika syariat itu hidup dalam diri individu, masyarakat, maka akan maju dan kuatlah sesebuah negara tersebut, akan tetapi jika syariat tidak berfungsi dengan sebenarnya maka kehancuran, penindasan, kezaliman akan berleluasa sebagaimana yang terjadi di zaman dan hari ini. Syariat Islam adalah sesuatu yang hidup, kerana itulah dikaitkan syariat dengan asas kehidupan manusia iaitu air, yang sentiasa menjadi sumber kehidupan manusia.

Manakala pengertiannya dari istilah syara` “segala hukum-hukum yang diperundangkan Allah ke atas hambaNya sama ada hukum-hukum ini datangnya dari Al Quran atau sunnah Rasulullah saw, sama ada dari perkataan, perbuatan mahupun taqrir dari baginda.” Ianya dinamakan sebagai Ahkam Shariah kerana kebenarannya serta kesyumulannya serta sedikit pun tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Sebagaimana kepentingan air dalam kehidupan manusia, begitulah juga pentingnya hukum-hukum syariah ini sebagai panduan serta rujukan untuk menghidupkan jiwa serta akal manusia.

Pengertian Fiqh dari sudut bahasa ialah: kefahaman dan kebijaksanaan.
Firman Allah swt
   •                                

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ,

                          

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,

Pengertian fiqh dari istilah syara` : Dilihat dari segi ilmu pengetahuan yang berkembang dalam kalangan ulama` Islam, fiqh itu ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan/membahas/memuat hukum-hukum Islam yang bersumber pada Al-Qur'an, Sunnah dalil-dalil Syar'i yang lain; setelah diformulasikan oleh para ulama dengan mempergunakan kaidah-kaidah Ushul Fiqh. Hukum itu berberntuk amaliyah yang akan diamalkan oleh setiap mukallaf .
Hukum yang diatur dalam fiqh Islam itu terdiri dari hukum wajib, sunat, mubah, makruh dan haram; disamping itu ada pula dalam bentuk yang lain seperti sah, batal, benar, salah, berpahala, berdosa dan sebagainya.
Oleh yang demikian Fiqh, dapatlah disimpulkan sebagai ilmu yang menerangkan hukum-hukum syari'at Islam yang berbentuk amali yang diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci
Yang dimaksudkan: Berbentuk amali : hukum syariah yang diwajibkan keatas mukallaf berkaitan ibadat dan muamalat. Dalil yang terperinci: iaitu dalil-dalil berbentuk juziyyah yang berkaitan dengan masalah yang tertentu dan dinaskan keatas hukum yang khas. Contoh firman Allah swt:
لاتقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا nas dari Al Quran ini adalah berbentuk juz`i tertakluk pada masalah tertentu iaitu zina. Ianya menunjukkan hukum khas iaitu haram zina.

HUBUNGAN FIQH DAN SYARIAH ISLAMIYYAH
Sebagaimana difahami bahawa syariat Islam merangkumi semua hokum-hukum syara` yang berkaitan dengan aqidah atau akhlak atau ibadat atau muamalat. Adapun Fiqh dimaksudkan dengan hokum-hukum amali atau hokum-hukum ibadat, muamalat, munakahat, jenayah dan sebagainya. Maka dengan ini jelaslah bahawa Syariah lebih umum dan syumul berbanding Fiqh, kerana Syariah merangkumi semua hokum.
Fiqh berasas nas-nas ianya, merupakan suatu penaksiran hukum berkaitan bidang ibadat dan muamalat dan sebagainya yang dibuat oleh pakar-pakar undang-undang Islam yang merujuk kepada suatu ayat umum dalam Al Quran dan As Sunnah, disamping sumber-sumber sekunder yang lain seperti Ijmak, Qiyas, ijtihat dan lain-lain.
Manakala Syariah Islamiyyah pula hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah swt keatas nabi Muhammad saw. Merangkumi aqidah, akhlak, ibadat, muamalat dan sebagainya. Ianya merupakan wahyu dan tasyri` Ilahi. Tiada ruang penerimaan pendapat manusia serta haram mengingkari dan mengubahnya, melainkan sumber dari Ilahi sahaja yang boleh mengubahnya. Oleh wajib keatas setiap manusia mematuhinya dan haram meninggallkannya.
Adapun Fiqh Islami tidak kesemuanya seperti yang demikian itu. Ini adalah kerana hokum-hukum fiqh terbahagi kepada dua bahagian utama:
1. Hukum yang dimana aspek pemikiran dan ijtihad tidak diperlukan memandangkan ianya umum diketahui dalam agama dengan mudah dan tidak ada orang yang jahil tentangnya, umpamanya kewajipan solat dan haram perzinaan atau hokum-hukum yang jelas dalam nas akan haram dan halalnya. Maka hokum-hukum fiqh ini dikira sebahagian dari Syariat Islam atau perungangan Ilahi, oleh itu haram mengingkarinya.
2. Hukum-hukum fiqh yang diberi ruang untuk pemikiran dan ijtihad. Maka hokum-hukum jenis ini tidak dianggap sebahagian dari perundangan Ilahi, maka boleh menyalahinya asalkan bersandarkan kepada dalil yang lebih kuat dari dalil pendapat fiqh yang ada, atau sekiranya ia bersandarkan kepada ijtihad yang lebih hamper kepada nas-nas kerana menyalahinya tanpa sandaran atau asas yang kukuh adalah dianggap sebagai mengikut hawa nafsu.
Bahagian kedua ini lebih banyak kerana ianya banyak berlaku. Walaubagaimanapun al Fiqh Islami keseluruhannya kekal dengan sifat keagamaannya kerana ia diasaskan atas prinsip dan kaedah-kaedah Syariat Islam. Ia termasuk di dalam skop Syariah dan beredar dalam orbitnya. Justera itu pendapat fuqaha` yang berasaskan ijtihad tetap mempunyai nilai yang tinggi dan harus dihormati oleh orang-orang Islam seluruhnya.
SUMBER SYARIAH ISLAMIYYAH
Dalam Syariah Islam hukum-hukum yang terkandung didalamnya adalah khusus bagi hambaNya yang yang mengaku beriman terhadap Allah swt. Ia wajib dilaksanakan keatas setiap individu muslim tanpa ada had pengecualian, kaya atau miskin, tanpa ada batasan waktu, suasana dan tempat ( unlimited jurisdiction) Sebagai contoh perbuatan zina tetap haram tanpa mengira waktu, suasana dan tempat dan siapakah pelakunya. Hukuman akan dilaksanakan tanpa mengira siapakah pesalahnya. Terbukti seperti mana yang tercatit dalam suatu hadis: “ seandainya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.”

Manakala undang-undang manusia dilaksanakan mengikut kehendak naluri manusia itu sendiri. Ianya terdedah dengan unsur pengaruh dan keistimewaan. Sebagai contoh, kekebalan Raja-raja dari disaman oleh orang awam diatas tindakan peribadinya. Begitu juga berjudi, tempat yang mendapat lesen dari kerajaan ianya dibolehkan manakala yang tidak mendapat lesen barulah akan diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.
Syariah yang dibawa oleh nabi kita Muhammad saw merupakah syariah yang terakhir, ianya menasakhkan syariat nabi-nabi yang terdahulu. Tidak akan ada lagi syariah juga nabi-nabi yang terkemudian atau pun kitab-kitab selepas kitab Al Quran Al Karim.

Sumber-sumber Syariah Islamiyyah secara ringkas ialah:
1) Al Quran merupakan sumber utama Syariah Islamiyyah, ianya terpelihara tanpa ada kuasa yang mampu untuk mengubahnya walau sepotong ayat sebagaimana jaminan yang telah diberi oleh Allah swt, sebagaimana firmanNya:
   •      
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya .
2 Sunnah Rasulullah saw, sama ada dari perkataan, perbuatan mahupun taqrir dari baginda.
3 Ijmak ulama` iaitu kesepakatan para ulama` mujtahidin dari kalangan umat Islam pada bila-bila masa selepas kewafatan Nabi Muhammad saw diatas satu-satu hukum syara`
4 Qias iaitu menyamakan sesuatu masalah yang tidak terdapat nas diatas hukumnya dengan masalah yang terdapat dalam nas hukumnya
5 Al Istihsan iaitu berpaling dari mengamalkan hukum kulliy kepada hukum pengecualian.
6 Al Masalih Mursalah iaitu hendak mendatangkan kebaikan kepada manusia dengan memberi manfaat kepada mereka dan menolak kerosakan dari menimpa mereka.
7 Al urf iaitu sesuatu yang makruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal fikiran yang sejahtera.
8 Al Istishab iaitu dikekalkan hukum yang telah sabit terdahulu sehinggalah didapati dalil yang menunjukkan berubahnya hukum itu.
Inilah keunikan serta kesempurnaan syariah ini ianya sentiasa menggalakkan kewujudan para fuqaha` yang akan mencungkil rahsia-rahsia yang terkandung didalamnya serta berusaha bersungguh-sungguh mengeluarkan istinbat hukum dari sumbernya yang utama. Kerana manusia diatas muka bumi Allah yang luas serta keadaan latarbelakang yang amat berbeza diantara satu dengan yang lain. Dengan hal yang demikian manusia ini sentiasa berhajat kepada petunjuk berkaitan urusan agama serta dunia mereka. Sebagaimana Firman Allah swt

 •            Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

TUJUAN SYARIAH ISLAMIYYAH
Syariah Islam ini tujuaanya adalah untuk mendidik manusia agar terbentuk peribadi serta akhlak yang mulia bagi seseorang, menegak keadilan dan mencegah kezaliman sebagai tanda kepatuhan kepada peraturan Allah demi mencapai keredhaan Allah didunia dan diakhirat kelak. Ini kerana setiap amalan yang dilakukan akan dihisab oleh Allah dihari akhirat. Undang-undang Islam yang diperundangkan oleh Allah swt mencakupi segala aspek kehidupan manusia, tidak kira dibidang mana sekalipun, tiada cacat dan celanya, lantaran maha sempurna penciptaNya iaitu Allah swt. Berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia bergantung sepenuhnya kepada akal fikiran yang amat terbatas serta tidak sunyi dari kesilapan. Oleh itu kelemahan dan ketidaksempurnaanya tidak boleh dinafikan.

SYARIAH ISLAMIYYAH dan KEUNIVERSALANNYA

Segala hukum-hukum yang diperundangkan Allah ke atas hambaNya sama ada hukum-hukum ini datangnya dari Al Quran atau sunnah Rasulullah saw, sama ada dari perkataan, perbuatan mahupun taqrir dari baginda. Sebagaiman takrif tersebut dapatlah difahami bahawa Syariat Islam merupakan sistem perundangan keTuhanan yang syumul mempunyai kelebihan serta keistemewaan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sistem undang-undang ciptaan manusia. Ianya bersifat keTuhanan kerana penciptanya adalah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Firman Allah :
      
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

      
Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Pada zaman moden ini pengertian syariah tentu boleh dikemaskan namun tidak merubah prinsip dasarnya maka syariah bererti sebagai `undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah yang diperuntukkan bagi manusia, dalam rangka mengatur hubungannya dengan Allah dan sesama manusia demi untuk mencapai kesejahteraaan, keamanan dan kedamaian di dunia bagi menyelamatkan manusia dan untuk mencapai kehidupan abadi di alam akhirat’

Oleh yang demikian syariah islamiyyah yang bersumberkan Al Quran serta sunnah Rasulullah saw ini merangkumi dalam semua aspek hukum, sistem-sistem, dan prinsip-prinsip. Kesemuanya mempunyai corak kemanusiaan (insaniy¬yah) dan universal. la merupakan rahmat bagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman bagi semua manusia dan jalan hidup bagi semua manusia. Syariah hukumnya bukan untuk ka¬wasan atau puak tertentu, tetapi adalah untuk manusia se¬luruhnya tanpa memandang warna kulit, bangsa, bahasa atau tempat. Oleh itu tidak ada isu perkauman dalam agama Islam yang lengkap ini, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan tidak ada jurang perbezaan sama ada dari golongan bangsawan atau tidak, dari golongan yang kaya atau miskin, cantik atau buruk, hitam atau putih. Didalam Islam semua manusia adalah sama, tidak ada kelebihan diantara satu dengan yang lain kecuali dengan iman dan takwa.
Firman Allah didalam Al Quran:
  ••           •      •     
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu

Ciri universal perundangan ini diterangkan oleh Allah dalam beberapa firmanNya didalam Al Quran :

     ••     ••   
"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian manusia, untuk memberi kabar gembira dengan surga dan memberi kabar takut dengan neraka "

   •     • 
"Katakanlah! Wahai manusia sesungguhnya aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua" .

       
"Dan Kami tidak utus engkau melainkan menjadi rahmat bagi seluruh alam".
Dan dipertegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. dalam berbagai ruang: Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah s.a.w. bahawa ia bersabda:
اُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ اْلأَنْبِيَاءِ قَلْبِى: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِىَ اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُوْرًا، وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِى أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلِّ، وَأُحِلَّتْ لِىَ الْغَنَائِمُ وَكَانَ النَّبِىُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً، وَأَعْطُيْتُ الشَّفَاعَةَ.
“Aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Aku ditolong oleh Allah dengan Dia mendatangkan perasaan ru’b (gentar) dalam hati orang-orang kafir selama sebulan, bumi ini dijadikan masjid bagiku dan suci (untuk tayammum), siapa sahaja daripada umatku apabila masuk waktu salat hendaklah dia salat, dihalalkan bagiku ghanimah (harta rampasan), nabi-nabi dahulu diutuskan kepada kaumnya khusus sedangkan aku diutus kepada seluruh umat manusia dan diberikan kepadaku syafaat”
Disebut dalam hadis sahih bahawa Rasulullah s.a.w menghantar utusan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar pada masanya seperti: An-Najasi, Kaisar, dan Mauqauqis (risalah-risalah) untuk mengajak mereka kepada Islam. Slogannya ketika itu adalah,
أَسْلِمْ تُسْلِمُ يُؤْتِكَ اللهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ فَإِنء تَوَلَّيْتَ فَإِنَّمَا اْلإِرِسِيِّيْنَ
“Islamlah anda agar anda selamat, Allah memberikan pahala dua kali ganda. Kalau anda menolak anda akan menanggung dosa irisiyyian (rakyat)”
Dan diantara faktor-faktor alamiyyah (universal) undang-undang ini ialah tugas serta tanggungjawab yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam. Tugas yang berbentuk universal iaitu menyampaikan dakwah dan risalah Islam agar ia menjangkau ke seluruh dunia di muka bumi tanpa mengira bangsa, adat, kaya, miskin dan sebagainya. Lautan yang luas, gunung- ganang yang tersergam indah serta padang pasir yang luas dan gersang bukanlah menjadi pemisah atau penghalang ajaran Islam untuk disebarkan. Inilah perjuangan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bersama-sama para sahabat baginda yang sanggup berkorban, berjuang bermati-matian, demi menyebarkan dakwah Islamiyyah kesegenap pelusuk dunia ini agar mentauhidkan Allah serta mengaplikasikan ajaran-ajaran Islam yang lengkap didalam apa jua urusan kehidupan manusia. Dari sejarah dapat dilihat Islam menegakkan pemerintahannya di dunia barat dan dapat melahirkan tamadun yang agung di Sepanyol. Islam juga pernah membentuk tamadunnya di kepulauan Melayu dan India, sebagaimana ia membina tamadun di Afrika dan Asia Barat. Hasilnya penganut Islam ada dimana-mana diatas muka bumi Allah sehinggalah kesaat ini.
Allah adalah pencipta alam ini berserta dengan undang-undangnya yang sangat sempurna serta tersusun dengan indah dan amat sesuai untuk diaplikasikan dalam perjalanan kehidupan manusia diatas dunia ini. Allah berfirman dalam Al-Qur’an:
   •     ••      
“Begitulah Kami menjadikan kamu sebagai umat yang pertengahan agar kamu menjadi
saksi atas manusia dan rasul menjadi saksi ke atas kamu”
   •  ••        
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada yang ma'ruf (berbuat baik), dan mencegah mereka dari yang munkar, dan kamu beriman kepada Allah”
Bertitik tolak dari arahan-arahan rabbani mengenai ciri universal dakwah ini, umat Islam di seluruh permukaan bumi, bergerak menyampaikan risalah-risalah Allah sambil merasa takut kepada-Nya dan tidak ada yang mereka takuti selain daripada Allah saja. Slogan-slogan yang mereka laung¬kan ke seluruh telinga dunia ialah;
"Allah mengutus kami untuk membebaskan manusia dari¬pada kesempitan dunia ini kepada kelapangannya dan dari¬pada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."
"Ciri alamiyyah atau universal ini hanyalah merupakan kesan dari¬pada corak rabbani dalam undang-undang ini. Andaikan penciptanya seorang manusia atau kelompok manusia, nescaya dia akan memihak secara disedari atau tidak kepada bangsa, kastanya, dan kepentingan mereka. Tetapi peng¬ubahnya adalah Allah di mana kita semua adalah hamba¬Nya. Tidak ada kelebihan seseorang di atas yang lain atau suatu kelompok atas kelompok yang lain berdasarkan ke¬turunan dan asuhan melainkan dengan bertakwa”.
Sebagaimana firman Allah swt:
  ••           •      •     
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Syariah Nabi Muhammad saw merupakan syariah yang terakhir serta lengkap. Baginda merupakan nabi lagi rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah untuk sekelian alam ini.
Firman Allah swt
              
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu

 •           •        

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi..

   •     •                 •      •    

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

     ••     ••   
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Syariah Islamiyyah telah dibawa oleh nabi terakhir, nabi Muhammad saw keatas sekelian manusia dialam ini, begitu sempurna serta bersesuaian pada apa jua keadaan. Oleh yang demikian apakah bukti aqliah bahawa Syariah Islamiyyah ini berkonsepkan universal sehingga mampu kekal sehingga sekarang, Bersesuaian pula pada semua golongan manusia yang wujud diatas muka bumi Allah walaupun tinggal ditempat yang berlainan bentuk geografi, iklim, budaya, adat, bangsa, warna kulit dan sebagainya tetapi tetap utuh dengan keimanan kepada Allah rabbul a`lamin.

Islam membawa fahaman universal, tidak jumud dan menolak keras praktik kerahiban. Seorang Muslim apabila dia berdiri sebagai Imam sembahyang, dia juga adalah seorang pemimpin, pentadbir, pejuang dan pekerja yang dedikasi Seperti mana seorang orientalis terkenal HAR Gibb memuji tanpa segan silu mengenai ajaran Islam. Beliau berkata: “Islam bukanlah semata-mata ajaran ibadat dan upacara, bahkan Islam meliputi politik dan kenegaraan, sosial dan ekonomi, undang-undang dan kekuasaan, perang dan perdamaian. Islam adalah satu sistem hidup.”
Inilah di antara daya tarikan Islam bagi orang Barat yang berfikiran maju. Mereka menemukan keserasian di antara Islam dan gaya hidup moden yang produktif. Islam adalah agama produktif. Ciri-ciri produktiviti dalam Islam antara lain ialah;
Islam adalah agama yang meletakkan ibadat dan bekerja sebagai satu visi dan misi kehidupan
Sebagai mana firman Allah dalam yang mana Allah berfirman melalui lisan Nabi Saleh kepada kaumnya;
                            •    
“Wahai kaumku!, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya.”

Ayat itu jelas serta terang menetapkan visi dan misi manusia dicipta iaitu menyembah Allah dan memakmurkan bumi. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika menafsirkan ayat ini beliau menyatakan: Wasta’maru bermaksud: Menuntut supaya kamu membangunkannya. Asal tuntutan ini adalah wajib dan jika dilakukan menurut perintah Allah serta menepati syarak maka bekerja memakmurkan bumi ini menjadi ibadat di sisi Allah SWT.

Begitulah Islam menuntut setiap umatnya menjadi Muslim yang produktif. Melalui lisan Nabi Muhammad baginda bersabda bermaksud: “Jika kiamat hampir sedangkan pada tangan salah seorang dari kamu terdapat biji benih hendak ditanamnya maka jika dia mampu hendaklah dia menanamnya!” - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Ahmad)

Betapa agungnya ajaran agama ini yang mengajarkan kepada kita supaya bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seakan-akan kamu akan mati esok hari. Jika umat Islam betul-betul komitmen terhadap ajaran Islam maka tidak akan ada orang Islam yang hidupnya merempat, miskin dan tertinggal. Jika sudah dilanda oleh bencana kemiskinan maka akan menular pula penyakit sosial. Dan kita melihat tidak sedikit orang Islam yang rela anak-anaknya tidak berpelajaran, bodoh dan rosak oleh gejala sosial. Semua ini berpunca dari kemalasan dan gaya hidup yang tidak produktif.
Merancang masa depan adalah wajib di sisi agama
Jabir bin Abdullah berkata, pada suatu ketika kami berada di majlis Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki membawa seketul emas seperti sebiji telur, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah ambillah ini sebagai sedekah daripadaku, dan demi Allah aku tidak punya harta yang lain daripada ini. Tetapi Rasulullah enggan menerimanya.

Kemudian lelaki itu datang lagi sambil menunjukkan seketul emas itu. Baginda pun bersabda: “Bawalah ke mari! Rasulullah mengambilnya dan dengan bersikap marah lalu dilemparkan ketulan emas itu dengan kuat, jika mengenai lelaki itu pasti terasa sakit.

Kemudian baginda bersabda: “Adakalanya seorang di antara kamu membawa hartanya semua sekali padahal dia tiada memiliki selain dari itu. Kemudian selepas itu dia berkeliling meminta-minta orang. Ingatlah sesungguhnya sedekah itu dikeluarkan dari harta yang lebih. Ambillah kembali ketulan emas ini. Kami tidak memerlukannya.”(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Berhabis-habisan mengeluarkan wang belanja sehingga terpaksa meminta-minta kepada orang lain adalah perbuatan yang dibenci oleh Rasulullah. Kita sering mendengar orang yang tidak cukup makan gaji selama sebulan dan mempunyai tabiat boros dalam berbelanja.

Akhirnya dia terpaksa berhutang dan meminta-minta ke sana ke mari. Jika kita merenungi hadis Rasulullah tadi, jelas dengan tegasnya baginda memarahi orang yang tidak merancang kewangannya. Bahkan untuk melakukan ibadat pun perlukan perancangan. Betapa pentingnya umat Islam merancang kewangan dan mentadbir urus harta benda yang dimilikinya. Supaya umat Islam tidak jatuh ke dalam lembah kemiskinan dan selanjutnya menjadi umat yang lemah dan bergantung dengan orang-orang kafir.
Ada sebahagian orang Islam yang salah faham di dalam mengamalkan sifat tawakal dan zuhud. Mereka langsung tidak merancang dan mengurus kewangan peribadi dan keluarga
Padahal Rasulullah dinyatakan bahawasanya baginda sentiasa menyimpan makanan untuk keluarganya buat masa setahun.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dedikasi, jujur dan amanah
Sistem perekonomian seimbang sewajarnya diamalkan oleh setiap pekerja Muslim yang-amat produktif. Seimbang dari segi keupayaan melipat gandakan keuntungan yang sifatnya materialistik dan moralistik berpaksikan pada iman dan takwa.
Setiap Muslim produktif hendaklah bermoral bersih dan bersifat amanah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Peniaga yang amanah dan jujur akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang mati syahid di hari kiamat nanti.” – (Ibnu Majah dan al-Hakim)

ASAS PEMBINAAN SYARIAT ISLAMIYYAH
Di dalam kitab نحو ثقافة إسلامية أصلية karangan Dr Umar Sulaiman Asykar beliau telah menulis bahawa asas pembinaan Syariah Islamiyyah itu merangkumi 4 perkara
1. التدرج,
2. اليسر ورفع الحرج,
3. , العدل
4. حفظ مصالح العباد
Dari pembacaan, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa fokus pembinaan Syariah Islamiyyah itu adalah kepada manusia itu sendiri, oleh itu ianya disampaikan dengan penuah hikmah demi menjamin kemudahan serta kesejahteraan umat manusia. Tidak menyusahkan malahan ianya semata-mata untuk kebaikan manusia diatas dunia ini. Kesusahan dan kepayahan hanya dirasakan oleh manusia-manusia yang tidak memahami hakikat kejadian manusia serta tidak merasakan keAgungan Allah swt. Oleh itu dapatlah difahami bahawa asas pembinaan Syariah Islamiyyah itu adalah:

Asas pembinaan Syariah Islamiyyah dan Keuniversalannya
Terdapat 4 prinsip penting dalamnya:
1 التدرج- Ianya bermaksud berperingkat-peringkat. Pembinaan hukum pada zaman Arab jahiliyyah dahulu adalah secara berperingkat ini memandangkan sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab bergelumang dengan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian bagi menyesuaikan sifat manusia pada zaman tersebut maka ajaran Islam dibawa secara berperingkat dan penuh hikmah.

2 اليسر ورفع الحرج - membawa maksud mudah dan tidak menyusahkan, ini bermakna tuntutan Islam adalah berada dalam lingkungan kemampuan manusia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang serta bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kerana Allah Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya.

Firman Allah swt
         
Allah sekali-kali tidak menjadikan suatu kesempitan dalam agama untuk kamu.

           
”Allah ingin kemudahan kepada kamu dan tidak menginginkan kesukaran”
                                             •            

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Rasulullah saw telah berkata kepada orang yang sakit:
(فإن لم تستطيع فعلى جنب صل قائما فإن لم تستطيع فقاعدا)
Dari hadis baginda ini dapat difahami jika tidak mampu berdiri untuk melakukan solat maka solatlah dalam keadaan duduk jika tidak mampu juga maka solatlah dalam keadaan berbaring.

Allah juga telah mengharuskan kepada manusia segala perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia termasuklah segala makanan atau minuman yang baik kecuali yang boleh memudharatkan manusia maka ianya diharamkan oleh Allah. Sebagaimana firmanNya
                 •  •          

dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya

Antara 2 contoh mudah:
• Bahawa Islam hanya mensyariatkan wajib haji hanya sekali seumur hidup itupun jika berkuasa dan berkemampuan.
• Puasa hanya diwajibkan pada bulan Ramadhan sahaja dalam masa setahun, malah diharuskan berbuka jika sakit atau dalam perjalanan.
Ini membuktikan bahawa Syariat Islam merupakan suatu undang-uandang yang sesuai serta bertepatan dengan tabie manusia yang pelbagai. Allah yang mencipta manusia lantaran itu Allah jua yang Maha Mengetahui apakah perundangan yang sesuai dan perlu diterima pakai oleh manusia sebagai panduan dalam mengharungi hidup diatas dunia ini.

Sifat universal Islam bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu sahaja, bahkan berlaku untuk sepanjang masa samaada sekarang atau akan datang dan di semua pelusuk bumi ini. Islam tidak akan hilang dari permukaan bumi, ianya terpelihara tidak boleh diubah ataupun diganti. Tetapi ianya boleh berkembang bagi menyesuaikan keadaan dengan syarat perlulah berlandaskan Al Quran dan sunnah nabi saw.

3 العدل - Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju di dunia dan akhirat. Keadilan adalah matlamat utama didalam perundangan Islam. Adil secara literalnya bermaksud meletakkkan sesuatu ditempat yang sepatutnya dengan mengamalkan segala suruhan dan tidak meninggalkannya. Kewajipan menegakkan keadilan ini jelas dalam Al Quran

          ••   

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan .
Fitrah kejadian manusia itu sendiri sentiasa berhajat kepada undang-undang yang bersifat adil sesama manusia serta tidak zalim. Undang-undang yang ada diserata dunia pada hari ini tidak sunyi dengan ketidak adilannya lantaran kejahilan manusia, tamak, dengki, khianat serta pelbagai sifat mazmumah yang lain. Judi, arak, perzinaan, riba bukanlah menjadi satu kesalahan didalam perundangan manusia jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh golongan pemerintah. Tetapi didalam hukum syara` secara qat`i mengharamkan perkara diatas kerana kemudharatan yang terhasil jelas. Ianya akan membawa kepada meningkatnya kadar jenayah serta kehancuran kepada individu, masyarakat seterusnya negara. Perundangan Islam merupakan yang terbaik keadilan pasti dapat dilaksanakan tiada siapa yang akan tertindas, ini kerana penciptanya adalah Allah yang Maha Pencipta.
Firman Allah swt didalam kitabNya
               
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui .


4 حفظ مصالح العباد memelihara maslahat manusia
Secara ilmiyyahnya keuniversalan Syariah Islamiyyah, yang bersifat kekal serta tidak menerima sebarang perubahan diatas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt membuktikan kepada umat manusia bahawa segala kaedah-kaedah serta hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ini adalah semata-mata untuk maslahah manusia pada setiap masa dan tempat serta memenuhi segala keperluan manusia tiada jurang perbezaan dan tidak sekali-kali menyempitkan mahupun menyusahkan manusia. Kesemua ini terkandung di dalam Syariah Islamiyyah kerana sesungguhnya Allah Maha `Alim setiap hukum-hakamNya, Allah jadikan bersesuaian untuk semua peringkat kejadian makhluk dulu, sekarang dan akan datang.

Oleh yang demikian diantara asas terpenting dalam Syariat Islam yang bersifat universal ini ialah memelihara maslahat manusia. Diatas muka bumi Allah yang sangat luas ini terdapat pelbagai bangsa, keturunan, latarbelakang dan sebagainya. Oleh yang demikian mengikut ahli perundangan Islam, dalam pernurunan Syariat Islam kepada umat Muhammad saw khususnya, Allah swt telah mengaturkan hukumnya mengikut susunan kemaslahatan manusia. Memenuhi keperluan dan maslahah manusia di setiap zaman dan tempat menerusi penggunaan akal dan panduan dasar-dasar dan kaedah-kaedah syara' bagi menyelesaikan masalah manusia yang sentiasa berubah-ubah. Maslahah yang menjadi tujuan syara' yang terdapat di dalam sesuatu perkara baru yang dihadapi oleh manusia itu, dapat dijadikan ukuran dan pertimbangan dalam menentukan hukum dan menghuraikan hukum tersebut secara terperinci mengenainya.

Maslahah itu perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu kebaikan dan menghindari sesuatu kemudaratan. Kemaslahatan diperlukan untuk kepentingan masyarakat setempat, asalkan ianya tidak bertentangan dengan dasar agama atau dalil qati`. Sebagaimana firman Allah di dalam Al Quran.

          
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

   •         •  •                      

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya .

Perbuatan menggerunkan musuh adalah satu maslahah kerana ini akan menjauhikan musuh dari tentera Islam jika mereka melihat sendiri kekuatan yang dimiliki oleh orang Islam.

Walaubagaimanapun di dalam perundangan Ilahi ini diberikan kelonggaran ketika berhadapan dengan masyaqqah atau kesusahan sebagai contoh diharuskan mengaku kufur kerana terpaksa dan diharuskan perkara haram ketika dharurat seperti terpaksa minum arak, makan bangkai dan sebagainya demi memelihara nyawa. Tidak syak lagi menolak atau keluar dari kesusahan atau masyaqqah merupakan di antara contoh kepentingan menjana maslahah dan menjauhi atau menghilang kesusahan dalam kehidupan manusia.

KATEGORI MASLAHAH
Dari sudut kekuatan dan keutamaan maslahah ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
1) Maslahah Dharuriyyah- memelihara keperluan asasi ianya merupakan suatu asas yang amat penting dalam kehidupan manusia didunia ini. Jika tidak dipenuhi maka akan binasa, meskipun yang diperlukan itu terlarang. Maka pada peringkat sedemikian diharuskan mengambil yang terlarang. Seperti terpaksa minun arak kerana bersangatan dahaga kerana tiada yang halal.
Terdapat 5 perkara yang menjadi dasar didalam memenuhi maslahah dharuriyyah, iaitu memelihara agama, diri, akal, keturunan dan harta.

1.1 Memelihara agama, menjaga aqidah setiap individu ini merupakan asas terpenting didalam memelihara agama. Sebagai contoh diwajibkan jihad untuk mempertahankan agama dan aqidah, walaupun ianya mengancam keselamatan jiwa dan mempertaruhkan nyawa. Begitu juga wajib melaksanankan segala yang difardhukan oleh Allah seperti mendirikan solat, puasa dan sebagainya, kerana ianya merupakan diantara rukun terpenting dalam mendirikan agama didalam diri setiap manusia.

1.2 Memelihara diri, seperti menyediakan keperluan hidup yang asasi umpama penginapan, makanan, pakaian, menjaga kesihatan dan sebagainya. Syarak melarang membunuh kecuali dengan hak sebagaimana hukuman qisas yang dikenakan keatas orang melakukan pembunuhan sengaja dan keharusan meminum arak ketika dipaksa atau dahaga yang boleh membawa maut demi untuk memelihara diri.

1.3 Memelihara akal, supaya ia dapat mengawal segala tindakan dan perbuatan manusia, lantaran itu maka Islam mewajibkan individunya menuntut ilmu bagi membezakan antara yang hak dan batil. Ekoran dari itu syarak mengenakan hukuman hudud keatas orang yang meminum minuman yang memabukkan bagi memelihara masyarakat dari kekacauan dan kerosakan.

1.4 Memelihara keturunan, bagi menjamin pembentukan masyarakat kearah yang baik dan bermoral tinggi oleh yang demikian Islam menggalakkan perkahwinan bagi menghasilkan zuriat secara sah. Syarak mengharamkan zina dengan dikenakan hukuman hudud demi menjaga kesucian dan kemurnian keturunan umat manusia.

1.5 Memelihara harta, manusia memerlukan harta bagi meneruskan kehidupan di dunia supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat sebagai kahlifah Allah diatas muka bumi ini. Oleh itu syarak melarang orang merosakkan harta benda, boros dalam berbelanja serta melarang keras mencuri, merompak dan seumpamanya. Malah syarak mengenakan hukuman hudud ke atas mereka yang mencuri.

2) Masalah hajiyyah (keperluan), merupakan suatu yang diperlukan oleh manusia demi mendapat kelapangan dalam kehidupan. Jika tidak ia akan menyebabkan manusia berada dalam kesusahan dan kesulitan tetapi tidaklah sampai ke peringkat memusnah atau mencacatkan kehidupan, namun ianya dapat memberi ruang kemudahan dalam kehidupan.

Maslahah hajiyyah dapat dilihat dalam 4 bidang fiqh:
2.1 Dalam bidang ibadah, undang-undang Islam memberi rukhsah ( kelonggaran) kepada orang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa atau melakukan solat jamak atau qasar. Bertayammum sebagai ganti wudu` bagi anggota wudu` yang tidak boleh dibasahi air.

2.2 Dalam bidang muamalat undang-undang Islam membenarkan kontrak secara salam iaitu menjual sesuatu barang yang ainnya tidak ada dalam majlis aqad, qirad, istisna` dan lain-lain demi kepentingan pembeli dan penjual.

2.3 Dalam bidang jenayah, Islam mengekalkan sitem gantirugi (diyyah), begitu juga soal bunuh balas (qisas) demi kepentingan manusia itu sendiri.

2.4 Dalam bidang adat, Islam membenarkan seseorang manusia memburu binatang, makan dan minum benda yang lazat, memakai pakaian yang cantik serta berkenderaan dan sebagainya.

3) Maslahah Tahsiniyyah (keelokan), maslahah yang dilakukan untuk memperelokkan keadaan individu dan masyarakat. Amalan atau adat yang dilakukan merupakan suatu yang terpuji dan baik. Tetapi jikalau tidak dilakukan, tidaklah ia mencacatkan perjalanan kehidupan manusia seperti dalam maslahah dharuriyyah dan hajiyyah kerana berkemungkinan dengan ketiadaannya pada insan tidak akan merosakkan pembanguan kemanusiaan atau mencacatkan keamanan atau menyebabakan manusia menjadi susah akan tetapi ianya tetap menjadi asas bagi melengkapkan kedua-dua maslahah tadi. Contohnya melakukan ibadat-ibadat sunnah bagi mendekatkan diri kepada Allah, sedekah sunat, mengambil adat-adat yang baik untuk diamalkan dan sebagainya.


Ciri Infitah (keterbukaan) di dalam Syariah Islamiyyah
Terdapat pelbagai fikrah atau pemahaman tentang sistem perundangan ciptaan Allah ini. Walaupun begitu ianya tidak menjadi kesalahan jika timbul pemahaman yang berbeza dalam menafsirkan sesuatu hukum berkaitan ibadah atau muamalat, tetapi dengan syarat wajiblah berlandas Al Quran dan sunnah nabi saw atau sumber-sumber yang dipersetujui sebagai panduan dan rujukan. Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya perbezaan pendapat dikalangan ummatku merupakan rahmah. Ianya merupakan khazanah-khazanah ilmu Allah yang amat luas, ditujukan kepada manusia terkemudian agar dapat dijadikan sebagai rujukan. Ini juga sebagai bukti bahawa Islam agama yang dinamik bukannya statik yang tidak boleh menerima perubahan. Perubahan zaman, suasana setempat, realiti keadaan akan membawa kepada keperluan untuk mengubah penafsiran kepada nas-nas syar`ie, agar ianya bertepatan dengan realiti kehidupan manusia di zaman serta tempat masing-masing.

Maka lahirlah ulama` Islam yang cendiakawan dari serata dunia dalam membahaskan dan mentafsir ilmu-ilmu atau ayat-ayat Allah. Hasil dari ijtihad para ulama` yang terdahulu dan terkemudian ini maka semakin meluaslah kefahaman individu munusia dalam memahami serta mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri. Ini memberi kemudahan kepada manusia beramal dalam kehidupan seharian mereka.

Sifat universal yang ada dalam syariah Islam serta kekekalannya menafikan boleh berlakunya sebarang pembatalan atau perubahan dalam mana-mana hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melainkan permbatalan tersebut bersumberkan wahyu dari Ilahi. Ini adalah semata-mata untuk menjaga maslahah atau kepentingan manusia tidak kira bila dan dimana manusia berada. Oleh yang demikian apa jua yang terkandung didalam Syariah Islamiyyah adalah untuk memenuhi keperluan manusia didunia ini tanpa membebankan atau menyusahkan manusia malahan ianya merupakan bukti keAgungan Allah yang Maha Mengetahui akan keperluan manusia.

Oleh sebab yang demikian beberapa kaedah atau ‘qawaid fiqhiah’ tercetus hasil pemikiran ulama` yang cendiakawan, bagi merungkai persoalan-persoalan yang timbul lantaran memahami luasnya keperluan kepada panduan kehidupan yang bersumberkan Al Quran juga As Sunnah oleh manusia sejagat.
Secara ringkas prinsip-prinsip sejagat dalam syariat adalah:
1. الامور بمقاصدها - setiap perkara bergantung kepada tujuannya
2. المشقة تجلب التيسر – kesukaran membawa keringanan
3. الضرر يزال – kemudharatan dilucutkan
4. العادة محكمة – adat diterima sebagai hukum
5. اليقين لا يزال بالشك – keyakinan tidak luput dengan keraguan

Kaedah-kaedah yang tersebut tidak seharusnya dipakai secara tersendiri oleh para kadi dan mufti selagi terdapat nas-nas fiqh berhubung dengan persoalan yang hendak dipastikan hukumnya. Akan tetapi jika persoalan tersebut tidak terdapat nas fiqh yang asal dan terdapat pula kaedah yang mencakupinya maka ketika itu para kadhi dan mufti bolehlah berpandukan kepada kaedah-kaedah tersebut.

Walaubagaimanapun, secara umumnya segala kaedah yang disepakati oleh ulama` memfokuskan manusia disegenap pelusuk dunia ini dari dahulu sehinggalah kehari ini sebagai asas perbahasan dan tujuan. Perbagai kajian dan penilaian dilakukan oleh para ulama` bagi memudahkan perlaksanaan DeenuAllah dalam kehidupan manusia. Manusia merupakan khalifah diatas muka bumi akan disoal dan dihitung tanpa ada pengecualiaan. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mempelajari seterusnya melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Syariah Islamiyyah bersifat sejagat tiada beza diantara manusia, hanya iman dan taqwa menjadi bahan nilaian disisi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

RUMUSAN BEBERAPA KONGRES ANTARABANGSA
1 Kongres antarabangsa yang membincangkan mengenai undang-undang perbandingan yang diadakan di bandar Lahai pada tahun 1937. Pihak Azhar al Syarif juga diundang menyertai Kongres tersebut, di samping dua orang wakil ulama` bagi membincangkan ` Tanggungjawab kemajuan dan jenayah dalam syariat Islam` dan ` Fiqh Islam yang bebas dan tidak terpengaruh dengan undang-undang Roman`. Kongres itu meninggalkan pengaruhnya mengenai ketentuan sejarah yang penting dengan adanya perkaitan tokoh undang-undang Barat. Didalamnya disebutkan:
i Syariat Islam dianggap sebagai salah satu sumber rujukan syariat umum.
ii Islam adalah syariat yang hidup yang boleh menerima segala perkembangan
iii Syariat Islam adalah syariat yang tulen, bukannya diambil dari syariat yang lain.

2 Pada tahun 1950, peguambela bahagian timur dari Persatuan Undang-undang perbandingan Antarbanga telah mengadakan kongresnya bagi membahaskan fiqh Islam di Fakulti Undang-undang di Universiti Paris sempena minggu Fiqh Islam. Ia dihadiri oleh para profesor fakulti undand-undang, peguambela bangsa Arab, Perancis dan lain-lain. Beberapa fakulti dari Universiti Azhar as Syarif serta para orentalis. Kongres ini juga disertai oleh 4 warga Mesir dari Universiti Azhar serta beberapa universiti dan 2 orang dari Syria. Kongres itu menumpukan perbincangan kepada lima persoalan mengenai fiqh yang telah ditentukan oleh persatuana antarabangsa tersebut. Fokus perbincangan di dalam kongres berkenaan ialah:
i. Hak milik perseorangan
ii. Hak milik umum
iii. Tanggungjawab jenayah
iv. Pengaruh sebahagian mazhab kemasyarakatan kepada sebahagian yang lain
v. Teori riba dalam Islam

Hasil resolusi dari kongres tersebut adalah:
1. Tidak dapat disangkalkan bahawa segala dasar fiqh Islami mempunyai nilai-nilai perundangan.
2. Perselisihan pandangan mazhab fiqh menunjukkan kefahaman dan bahan maklumat sentiasa berkembang. Prisip undang-undang Islam di antara yang menakjubkan. Dengannya, fiqh Islam pasti dapat menyahut semua tuntutan kehidupan moden.

Kongres antarabangsa yang telah diadakan tersebut menunjukkan bahawa syariat itu bersesuaian, boleh diperbaharui serta memberi, lengkap serta kekal di sepanjang zaman.
Firman Allah swt:
  •           
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

PENGAKUAN DARI TOKOH-TOKOH BARAT
Pengakuan ini dibuat oleh beberapa tokoh popular undang-undang ciptaan manusia. Beberapa pandangan mereka menjadi bukti tentang kebenaran, kelebihan serta kebaikan Syariat Islamiyyah yang mendahului serta mengatasi undang-undang ciptaan manusia.
Ini adalah pengakuan mereka yang bersikap adil dan rasional, sekalipun ianya datang dari pihak barat:
1. Dr. Ezko Insabato berkata: ` kebanyakan perbahasan syariat Islam dalam pelbagai aspek mengatasi segala perundangan Eropah.”

2. Ahli falsafah Inggeris, Bernard Shaw berkata: `Agama Muhammad merupakan satu tempat ketentuan yang tinggi kerana mengandungi satu kehidupan yang amat mengkagumkan, satu-satunya agama yang memiliki perlbagai keistemewaan dan mampu mencernakan perkembangan kehidupan. Saya berpendapat Muhammad wajar di anggap sebagai penyelamat manusia. Jika seorang lelaki seperti beliau dilantik sebagai pemimpin dunia moden hari ini, dia pasti akan berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan”.

3. Ahli sejarah Perancis, Seideo menyebutkan bahawa: `Undang-undang Napoleon sebenarnya diceduk dari kitab fiqh mazhab Imam Malik iaitu keterangan Dardir yuang mensyarahkan matan kitab Khalil”.

4. Ghoustaff Lubon memetik kata-kata Profesor Leiberry bahawa: ` jika orang Arab tidak muncul di atas pentas sejarah, nescaya kebangkitan orang-orang Eropah moden akan terkebelakang beberapa kurun”.


5. Lein Boul menulis di dalam bukunya bertajuk Arab di Sepanyol: `Eropah yang buta huruf dicengkami kejahilan serta pantang larang, sedangkan Andalus membawa teraju kepimpinan ilmu dan panji pengetahuan ke dunia”.

6. Admond Berk berkata: `Undang-undang Muhammad merupakan sebuah perundangan yang kukuh terhadap sesebuah masyarakat dari hak memiliki kepada penjagaan yang paling rendah. Ini merupakan sebuah perundangan yang ditenun dengan segala hukum-hakam sistem undang-undang. Syariat Islam adalah syariat yang paling agung dan adil, dimana penggubalan undang-undang dunia sepertinya tidak pernah mendahuluinya dan tidak mungkin ada pada zaman selepasnya...”.

7. Ahli sejarah Inggeris. Wilerz dalam bukunya bertajuk `Rupa bentuk sejarah kemanusian` berkata: `Eropah adalah bandar agama Islam dari sudut keagungannya, perundangan, pentadbiran serta perniagaan”.

8. Seorang tokoh undang-undang yang masyhur, Fhamberry: `Fiqh Islam berkembang ke satu peringkat yang amat menakjubkan saya setiap kali saya memikirkan bahawa anda semua tidak mengambil segala peraturan serta hukum-hakamnya yang sesuai dengan zaman serta negara anda...”.

Inilah beberapa pengakuan tokoh-tokoh barat yang membuktikan tentang kenyataan kekayaan perundangan, pensyariatan, kekuatan dorongan ilmiah serta kemajuan yang terkandung dalam syariat Islam. Kelebihan demi kelebihan diiktiraf oleh mereka yang bersikap rasioanal dan adil dan diakui oleh para tokoh.






KESIMPULAN
Syariah Islamiyyah merupakan satu perundangan yang amat lengkap, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia sejagat. Tidak ada kecacatan atau kekurangan yang akan mencacatkan system ini lantaran penciptanya adalah Allah tuhan sekelian alam yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Kesyumulan dan keindahan syariat ini bukan sahaja diperakui oleh orang-orang Islam sahaja malahan oleh mereka-mereka yang bukan Islam, tetapi setelah kajian dan penelitian dilakukan akhirnya kebenaran yang mereka temui. Sesuatu yang wangi, indah, harum pasti dapat dihidu oleh sesiapapun.

Keuniversalan Syariat Islamiyyah yang menjadi tajuk utama penulisan ini memang sangat jelas Cuma orang-orang yang kurang yakin serta gelap hatinya sahaja yang menafikan keunggulannya. Hukum-hukum yang Allah tentukan pada asalnya suatu yang lengkap dan bersesuaian dengan manusia dari segenap bangsa, zaman dan sebagainya.Tidak menyusahkan malahan disebalik suruhan-suruhan tersebut ada kebaikan atau hikmah-himah yang tersembunyi yang memberi kesan yang positi kepada diri individu itu sendiri. Tetapi syariat yang mulia ini menjadi beban yang tak terhingga buat mereka.

Kes murtad, gangsterism, zina, bersekedudukan tanpa nikah yang sah, minum arak, buang anak, rogol, sumbang mahram, munchikari dan macam-macam lagi sering terpapar didada-dada akhbar kita hari ini. Seolah-olah kes-kes tersebut tiada noktah untuk berhenti. Yang memilukan kebanyakan kes-kes ini pelakunya adalah golongan Islam sendiri. Seorang bapa sanggup merogol anaknya sendiri, kes sebegini memang sungguh menyakitkan hati bila terbaca diakhbar-akhbar. Inilah akibat jika tidak mengikut perintah atau aturan yang telah Allah gariskan kepada umat manusia di alam ini.
Kes Lina Joy contohnya, beliau dengan rasa megah membuat tuntutan di Mahkamah untuk menggugurkan status Islam di kad pengenalannya serta ingin mengisytiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam. Tambah menyedihkan tuntuan beliau turut disokong oleh kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
Apakah implikasi dari kes Lina Joy ini jika dia berjaya dalam tuntutannya di Mahkamah
1. Artikel 3 : Islam sebagai Agama Persekutuan akan tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

2. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.

3. Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

4. Artikel 160 — MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan kes Lina Joy bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu.

Begitu juga dengan kes Kamariah Ali yang juga ingin mengisytiharkan dirinya bukan beragama Islam. Yang amat menyedihkan beliau merupakan bekas pelajar agama dari Timur Tengah begitu juga dengan suaminya yang telahpun meninggal dunia dalam keadaan yang menyedihkan. Kemanakah perginya ilmu-ilmu yang telah dipelajari? Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal-hal sebegini? Pokoknya tepuk dada tanyalah iman.

Jika dilihat apa pula yang berlaku diluar sana… amat menyedihkan umat Islam di tindas, di bunuh dengan kejam, hak-hak mereka dirampas dengan sewenang-wenangnya.

Islam adalah penyelesaian kepada segala permasalahan, selagi manusia tidak kembali kepangkal jalan selagi itulah kes demi kes akan dibangkitkan, kejadian demi kejadian akan berlaku. Umat Islam perlu menghayati dan mempraktikkan Islam bukan sahaja didalam diri individu, tetapi perlu diaplikasikan kesemua bidang sama ada pelajaran, pentadbiran, kehakiman, ekonomi dan yang utama kepada pemerintahan,

Sejarah telah membuktikan, bahawa Islam telah menguasai dunia dengan membawa Syariat Islamiyyah sebagai panduan dan rujukan. Tetapi realiti yang berlaku di hari ini, umat Islam seolah-olah tidak berdaya serta semakin lemah, padahal ditangan umat Islamlah terletaknya khazanah yang amat berharga jika dicungkil dan hayati. Tiada apa yang boleh mengamankan dunia ini, yang semakin huru-hara dan porak peranda akibat tindakan-tindakan manusia yang sombong dan ingkar terhadap Tuhannya. Jawapannya kembalilah kepada Syariat Islamiyyah yang amat sempurna. Allah telah menciptakan SyariatNya ini dengan sifatnya yang universal kerana syariat ini dijadikan untuk semua manusia yang berada di dunia ini. Kepada umat yang terdahulu sehinggalah kepada ummat yang terkemudian tanpa mengambil kira faktor masa, tempat dan sebagainya.

Semoga Allah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa tunduk dan patuh kepada segala perintah dan undang-undang yang telah ditetapkanNya kepada kita semua.
Hidup dan mati hanya keranaMu Ya Allah.

Wa Allah a`lam.

HAJJAH SITI SALEHA BINTI HAJI IDRIS







BIBLIOGRAFI
1) Al Quran Al Karim dan terjemahannya.
2) Dr Adbul Karim Az Zaidan, 1989. لمدخل لدراسة الشريعة الإسلامية ا. Maktabah Al Qudus,Baghdad Iraq.
3) Mohd Mustofa Syalabi,1985. المدخل في التعريف بالقفة الإسلامي وقواعد الملكية والعقودية. Darul Nahdhah Al Arabiyyah, Beirut Lubnan.
4) Dr Umar Sulaiman Asykar ,1997. نحو ثقافة إسلامية أصلية . Darul An nafais. Jordan
5) Dr Yusuf al Qardhawi,1997شريعة الاسلامية صالحة للتطليق في كل زمان ومكان . Maktabah wahbah Al Qaherah
6) Siti Zalikhah Hj Md Nor, 1999. Al Syariah konsep dan perundangan Islam jilid 1. Dewan bahasa dan pustaka
7) Disunting oleh Mohd Azam Hamzah dan Md Akhir Hj Yaakob. Falsafah dan prinsip perundangan Islam. Cetakan pertama 1986 Universiti Kebangsaan Malaysia.
8) Ruzian Markom, 2003. Apa itu undang-undang Islam. PTS publications & distributors
9) Abdullah Nasih Ulwan, penterjemah Dr Abdul Karim Ali dan Samsudin Selamat, 2001.Syariah Islam cirri-ciri dan keunggulannya. Intel Multimedia and publication.
10) Mohd Saleh Hj Ahmad,1999. Pengantar Syari`at Islam. Pustaka Haji Abdul Majid.
11) Mohd Azam Mohamed Adil, Rafeah Saidon, Noorul Huda Sahari, 2006. Perundangan dan Kenegaraan Islam. iBook publication
12) Prof Dato` Dr Haron Din (ketua panel). 1999. Manusia dan Islam. Hizbi Marketing

Selasa, 8 Mac 2011

NASIHAT BUAT ISTERI YANG TELAH DIMADUKAN ATAU TERANIAYA..

NASIHAT BUAT ISTERI YANG TELAH DIMADUKAN ATAU TERANIAYA

Bila sebut poligami atau bermadu ramai wanita yang gerun.... tak yakin yang poligami ini boleh membahagiakan hidup dan tak yakin yang suami boleh berlaku adil. Tapi kita kena sedar Allah telah memberi laluan kepada orang lelaki untuk berkahwin lebih dari satu... dua, tiga atau empat. Dan orang lelaki pun kena sedar laluan yang diberikan oleh Allah itu bukan sewenang-wenangnya ianya dikelilingi dengan syarat dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.. jika gagal tunggulah habuannya diakhirat.

Bagi wanita2 yang telah dimadukan oleh suami nak buat macam mana... dah ketentuan Ilahi... jadi apa yang perlu dilakukan.. JANGAN ASYIK MENANGIS...atau MERACAU MACAM ORANG GILA..kita ada hak yang perlu ditunaikan oleh si suami.. kalau tak Dapat melalui perundingan secara baik dengan suami...alternatifnya kena buat tuntutan melalui mahkamah.. semalam sambil mendengar perbicaraan dlam Mahkamah, Hakim ada menasihatkan kepada wanita yang telah dimadukan supaya membuat tuntutan nafkah diri anak dan yang berkaitan melalui Mahkamah, Mahkamah akan melayan tuntutan tersebut kerana ianya adalah hak orang wanita.

Nasihat kepada orang wanita jangan takut dengan Mahkamah, kerana Mahkamahlah tempat kita mendapat pembelaan... siapa lagi yang nak bela kita kalau bukan dengan perintah yang dikeluarkan oleh Hakim2 Yang Arif ..

Walaupun pelbagai prosedur yang perlu kita lalui tapi ianya bersifat sementara sahaja, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Dalam kes penderaaan rumahtangga... ramai juga diluar sana yang di dera oleh suami2 yang tidak bertanggungajawab..semaada penderaan secara mental atau fizikal, tapi ramai yang tak tahu bagaimana nak bela diri... nak mengadu kat siapa... akhirnya hidup dipenuhi dengan tekanan melampau yang silap2 boleh jadi gila..

Kita perlu ada ilmu, kalau bukan pun untuk diri sendiri tapi untuk wanita2 lain yang dianiaya. Jadi jika kebetulan bertemu dengan wanita seperti ini bantulah mereka kerena mereka juga ada hak untuk hidup dengan perasaan gembira dan bahagia.

Sesuatu ikatan perkahwinan tidak akan putus jika suami tidak melafazkan talak kepada isteri.. walaupun siisteri lari beribu2 KM dan berpuluh2 tahun menghilangkan diri dari suami kerana tidak tahan di dera oleh suami namun ikatan tersebut masih wujud... masih isteri orang..

oleh yang demikian dalam kes begini jangan lari kerana lari bukan penyelesaiannya kerana silap2 kita dibelengu dengan dosa.... pergilah ke Mahkamah, walaupun suami tidak mahu melafazkan talak.. tapi hakim ada kuasa untuk membubarkan atau memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan syarat dapat dibuktikan sisuami gagal menjalankan tanggungajwab dan telah terbukti sisuami telah mendera isteri...Sekarang ini jika diperhatikan kes-kes permohonan fasakh di Mahkamah semakin meningkat... terutamanya kerana suami gagal menjalankan tanggungjawab...
Mahkamah membenarkan permohonan fasakh tersebut sebab telah jelas kes2 yang dihadapkan terdapat bukti yang kukuh dan menyakinkan.

Berbalik kepada isu bermadu tadi...Apabila dah tahu suami beristeri lagi, memang tak dinafikan sedih sayu kecewa marah binggung dan pelbagai perasaan menerjah di dalam hati dan perasaan..

Sedih memang sedih.. sakit hati tak boleh nak cakap tapi kaum wanita perlu bijak.. boleh buat tuntutan di Mahkamah... dapatkan satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah jumlah nafkah bulanan yang perlu diberikan kepada isteri yang pertama tadi dan juga nafkah anak-anak. Siisteri juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian... bayangkan dah hidup bersama 20 tahun tentu banyak aset2 yang dikumpulkan bersama, walaupun bukan atas nama isteri aset2 tersebut. contribution as a wife for 20 years tersebut akan dinilai dan hakim akan isytiharkan portion yang wjar diperolehi sebagai harta sepencarian.

SEK 23(10)Undang-undang keluarga Islam ... Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya sesuatu perkahwinan didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.


Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan.

Walau macama mana dukacitanya hidup mesti diteruskan.. belajar menerima ketentuan Ilahi dan bersikap positif..kita mampu untuk mencorakkan warna di dlam kehidupan kita samaada warna yang ceria atau muram atau gelap... banyak mendekatkan diri dengan Allah kerana matlamat hidup kita adalah menuju ke Akhirat untuk bertemu Allah, ujian di dunia hanyalah bersifat sementara sahaja...

Be happy wahai para wanita2 yang dikasihi...

Ahad, 6 Mac 2011

Wanita dan coach pink...

Minggu ni ke Perak menziarahi suami di MRSM Felda, Kali ini memilih untuk naik kenderaan awam kesana bersama-sama dengan anak bongsu Nurul Auna... berjalan-jalan untuk melihat kehidupan diluar sana, perjalanan dari Melaka bermula jam 2 pm hari Jumaat menaiki bas ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Memang canggih kemudahan awam yang disediakan sekarang ini, macam kat terminal airport pula rasanya kat TBS ni, dari sana kat stesyen komuter bandar Tasik Selatan sebelah je dengan TBS ni naik pula komuter ke Tanjung Malim.

komuter ni memang penuh sesak sebab peak hour.. orang berpusu-pusu nak balik rumah. macam-macam stesyen yang dilalui.. sebelum ni pernah baca pasal coach khas untuk wanita,sekarang ni merasai sendiri berada di dalam coach pink ni dan merasa suasana kesibukan warga-warga KL nak balik rumah... hanya wanita dan kanak-kanak yang dibenarkan berada dalam coach ni, sesaknya ... memang wajarlah diwujudkan coach khas ni, kena duduk rapat2 memang bersentuhan diantara satu sama lain.

Sesama perempuan kira ok je... tapi bayangkan kalau lelaki yang join sekali di dlam kesesakan tu.. mungkin kita orang perempuan ni tak kisah lah sgt sukar lah nak rasa apa-apa tapi kalau orang-orang lelaki tak tahulah apa perasaan mereka bila dah kena himpit dengan orang-orang perempuan ni.. yang pelbagai saiz.. hanya orang lelaki je yang boleh jawab.

Nampak jelas diwajah2 orang perempuan ni begitu fokus nak balik, berebut2 nak naik komuter.. agaknya dalam kepada merka nak masak apa la malam ni... badan tengah letih ni tapi tanggungjawab pada suami dan anak-anak tak pernah lupa.. dapat bayangkan sampai je rumah dah mula bersilat dengan kerja-kerja rumah.. mengemas, membasuh, memasak, bagi anak susu...melayan suami..mengajar anak-anak buat homework, folio lah macma-macam lagi, banyaknya tanggungjawab isteri nikan.. Semoga Allah memberi ganjaran yang sewjarnya buat isteri-isteri yang telah terlampau banyak berkorban untuk keluarga.


Sambung balik perjalanan tadi ya..sampai kat Rawang tukar lagi satu komuter untuk meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.. dari Tanjung Malim suami jemput pula dengan kereta untuk sampai ke MRSM Felda di Trolak, Perak jam lebih kurang 8 pm. baru sampai.

Sekarang ni jam 4 pm, 6 Mac hari Ahad..dalam keretapi untuk balik ke Melaka pula, naik dari Slim River ke KL sentral. kemudian dari KL Sentral naik komuter ke TBS dan naik bas pula ke Melaka tak tahulah jam berapa akan sampai.

Rasa enjoy dengan perjalanan ni.. dapat melihat kesibukan rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan hidup, mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan ahli keluarga.

Tapi dalam kesibukan bekerja untuk mencari wang... adakah kita sedar dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah... hidup sementara akhiratlah yang kekal abadi. sempurnakah solat kita, adakah aurat kita dijaga disepanjang kita berada di luar rumah, adakah anak-anak perempuan kita telah menutup aurat mereka dengan sempurna? semua persoalan ini perlu kita fikirkan dengan serious.. jangan anggap ianya perkara mudah.. kerana janji-janji Allah tentang syurga dan neraka adalah benar..

Kematian pasti berlaku cuma cepat atau lambat.. oleh itu sudahkan kita bersedia untuk berhadapan dengan kematian...

Semoga Allah mengampuni kita dan semga kita sentiasa mendapat pentunjuk dan rahmat dari Allah..

Salam sayang buat semua wanita2...

Sabtu, 5 Mac 2011

Wanita punca utama perceraian pasangan tua

Sunday, 04 July 2010 06:24
ARKIB : 14/11/2000
Wanita punca utama perceraian pasangan tua

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Wanita merupakan punca utama berlakunya perceraian di kalangan pasangan yang berumur, kata Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohd. Shauki Abd. Majid.

Beliau berkata, melalui pengamatan dan pengalamannya kepada kes-kes perceraian yang berlaku di kalangan pasangan tua, 80 peratus kesalahan adalah terletak di atas bahu isteri.

Katanya, apabila pasangan semakin meningkat usia, kebiasaannya isteri tidak mahu lagi menjaga kecantikan atau berdandan untuk suaminya sedangkan perkara itu amat dituntut di dalam Islam.

''Hak si suamipun semakin terabai apabila pasangan semakin berumur. Isteri lebih sibuk melayan cucu, anak dan menantu daripada melayan suami.

''Mereka tidak mahu lagi menjaga kecantikan dan berdandan untuk suami. Tidak hairanlah kalau ada suami yang mencari isteri baru selepas mereka tua kerana mereka (suami) terasa tidak lagi dihargai dan dilayan sepenuhnya oleh isteri-isteri mereka apabila umur menjelang senja,'' katanya ketika dihubungi Utusan di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendakwa perceraian di kalangan golongan yang berumur meningkat ke tahap membimbangkan sekarang berikutan lelaki dikatakan lebih gemar memilih gadis belasan tahun sebagai isteri baru mereka.

Beliau berkata, fanomena itu perlu dibendung supaya ia tidak terus menjadi satu masalah yang lebih serius dalam masyarakat pada masa depan.

Mohd. Shauki mengingatkan kepada semua isteri agar sentiasa mengekalkan kemesraan dan melayani para suami mereka sebaik-baiknya hingga ke akhir hayat.

Para isteri katanya, tidak wajar mengabaikan tanggungjawab kepada suami mereka apabila usia perkahwinan pasangan itu semakin meningkat.

''Para isteri harus menjaga kecantikan mereka walaupun sudah tua. Lelaki ini lain kerana syahwat mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ia berbeza dengan wanita kerana mereka (wanita) mempunyai menopaus (putus haid).

''Dahlah tuntutan nafsu para suami tidak dapat dipenuhi, makan minum pula terabai. Maka janganlah salahkan lelaki kalau mereka mencari isteri baru,'' katanya lagi.

Beliau berkata, di zaman moden ini pelbagai kaedah dan rawatan telah dicipta untuk mengekalkan kecantikan para wanita.

''Islam menggalakkan isteri-isteri berdandan dan menjaga kecantikan untuk suaminya. Insya-Allah isteri-isteri yang memenuhi kewajipan kepada suaminya akan diberikan ganjaran yang besar daripada Allah.

''Gunakanlah kemudahan yang ada untuk memikat suami-suami anda,'' katanya lagi.

Sementara itu Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, kegagalan pasangan mengekalkan erti kemesraan sebagai suami isteri mendorong mereka mengambil keputusan bercerai selepas usia perkahwinan semakin meningkat.

Justeru katanya, selain membina kemesraan sebagai suami isteri pasangan juga perlu memupuk erti persahabatan antara kedua-dua belah pihak sejak usia awal perkahwinan.

''Nilai persahabatan adalah lebih kekal dari kemesraan. Saya percaya sekiranya suami isteri berjaya memupuk erti persahabatan dalam hubungan mereka masalah perceraian ketika usia tua tidak akan berlaku,'' katanya lagi.

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

Sabtu, 1 Januari 2011

Pulang ke Malaysia

Alhamdulillah 16 Disember 2010 yang lalu selamat tiba ke tanah air, setelah lebih kurang 2 bulan berada di Madinah. Hari terakhir meninggalkan Madinah terasa sayu hati ini meninggalkan bumi yang penuh keberkatan ini, disinilah jasad Rasulullah SAW bersemadi. Perasaan sedih tetapi terselit kegembiraan untuk bertemu anak-anak dan keluarga di Malaysia. Banyak kenangan manis dan menggembirakan berada disana, hati sungguh gembira dan tenang.

Selamat tinggal Madinah semoga Allah menjemput ku kembali untuk bertemumu Wahai kekasihku Muhammad SAW....