Tarikh hari ini:-

Selasa, 8 Mac 2011

NASIHAT BUAT ISTERI YANG TELAH DIMADUKAN ATAU TERANIAYA..

NASIHAT BUAT ISTERI YANG TELAH DIMADUKAN ATAU TERANIAYA

Bila sebut poligami atau bermadu ramai wanita yang gerun.... tak yakin yang poligami ini boleh membahagiakan hidup dan tak yakin yang suami boleh berlaku adil. Tapi kita kena sedar Allah telah memberi laluan kepada orang lelaki untuk berkahwin lebih dari satu... dua, tiga atau empat. Dan orang lelaki pun kena sedar laluan yang diberikan oleh Allah itu bukan sewenang-wenangnya ianya dikelilingi dengan syarat dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.. jika gagal tunggulah habuannya diakhirat.

Bagi wanita2 yang telah dimadukan oleh suami nak buat macam mana... dah ketentuan Ilahi... jadi apa yang perlu dilakukan.. JANGAN ASYIK MENANGIS...atau MERACAU MACAM ORANG GILA..kita ada hak yang perlu ditunaikan oleh si suami.. kalau tak Dapat melalui perundingan secara baik dengan suami...alternatifnya kena buat tuntutan melalui mahkamah.. semalam sambil mendengar perbicaraan dlam Mahkamah, Hakim ada menasihatkan kepada wanita yang telah dimadukan supaya membuat tuntutan nafkah diri anak dan yang berkaitan melalui Mahkamah, Mahkamah akan melayan tuntutan tersebut kerana ianya adalah hak orang wanita.

Nasihat kepada orang wanita jangan takut dengan Mahkamah, kerana Mahkamahlah tempat kita mendapat pembelaan... siapa lagi yang nak bela kita kalau bukan dengan perintah yang dikeluarkan oleh Hakim2 Yang Arif ..

Walaupun pelbagai prosedur yang perlu kita lalui tapi ianya bersifat sementara sahaja, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Dalam kes penderaaan rumahtangga... ramai juga diluar sana yang di dera oleh suami2 yang tidak bertanggungajawab..semaada penderaan secara mental atau fizikal, tapi ramai yang tak tahu bagaimana nak bela diri... nak mengadu kat siapa... akhirnya hidup dipenuhi dengan tekanan melampau yang silap2 boleh jadi gila..

Kita perlu ada ilmu, kalau bukan pun untuk diri sendiri tapi untuk wanita2 lain yang dianiaya. Jadi jika kebetulan bertemu dengan wanita seperti ini bantulah mereka kerena mereka juga ada hak untuk hidup dengan perasaan gembira dan bahagia.

Sesuatu ikatan perkahwinan tidak akan putus jika suami tidak melafazkan talak kepada isteri.. walaupun siisteri lari beribu2 KM dan berpuluh2 tahun menghilangkan diri dari suami kerana tidak tahan di dera oleh suami namun ikatan tersebut masih wujud... masih isteri orang..

oleh yang demikian dalam kes begini jangan lari kerana lari bukan penyelesaiannya kerana silap2 kita dibelengu dengan dosa.... pergilah ke Mahkamah, walaupun suami tidak mahu melafazkan talak.. tapi hakim ada kuasa untuk membubarkan atau memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan syarat dapat dibuktikan sisuami gagal menjalankan tanggungajwab dan telah terbukti sisuami telah mendera isteri...Sekarang ini jika diperhatikan kes-kes permohonan fasakh di Mahkamah semakin meningkat... terutamanya kerana suami gagal menjalankan tanggungjawab...
Mahkamah membenarkan permohonan fasakh tersebut sebab telah jelas kes2 yang dihadapkan terdapat bukti yang kukuh dan menyakinkan.

Berbalik kepada isu bermadu tadi...Apabila dah tahu suami beristeri lagi, memang tak dinafikan sedih sayu kecewa marah binggung dan pelbagai perasaan menerjah di dalam hati dan perasaan..

Sedih memang sedih.. sakit hati tak boleh nak cakap tapi kaum wanita perlu bijak.. boleh buat tuntutan di Mahkamah... dapatkan satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah jumlah nafkah bulanan yang perlu diberikan kepada isteri yang pertama tadi dan juga nafkah anak-anak. Siisteri juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian... bayangkan dah hidup bersama 20 tahun tentu banyak aset2 yang dikumpulkan bersama, walaupun bukan atas nama isteri aset2 tersebut. contribution as a wife for 20 years tersebut akan dinilai dan hakim akan isytiharkan portion yang wjar diperolehi sebagai harta sepencarian.

SEK 23(10)Undang-undang keluarga Islam ... Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya sesuatu perkahwinan didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.


Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan.

Walau macama mana dukacitanya hidup mesti diteruskan.. belajar menerima ketentuan Ilahi dan bersikap positif..kita mampu untuk mencorakkan warna di dlam kehidupan kita samaada warna yang ceria atau muram atau gelap... banyak mendekatkan diri dengan Allah kerana matlamat hidup kita adalah menuju ke Akhirat untuk bertemu Allah, ujian di dunia hanyalah bersifat sementara sahaja...

Be happy wahai para wanita2 yang dikasihi...

13 ulasan:

  1. kalau dah failkan tuntutan cerai , masih bolehkah dapatkan perintah mahkamah untuk nafkah?perlukah batalkan tuntutan cerai terlebih dahulu, kemudian baru buat tuntutan nafkah ?atau mcmana ye?

    BalasPadam
  2. kalau dah failkan tuntutan cerai , masih bolehkah dapatkan perintah mahkamah untuk nafkah?perlukah batalkan tuntutan cerai terlebih dahulu, kemudian baru buat tuntutan nafkah ?atau mcmana ye?

    BalasPadam
  3. Jika suami tidak membayar nafkah isteri boleh tuntut nafkah sama ada dalam tempoh perkahwinan ataupun selepas cerai.

    BalasPadam
  4. Sepanjang perkahwinan sy byk bantu klg..malah sy membeli rumah..kereta..mpv..skrg suami sy bernikah lain..andaikata berlaku penceraian adakah harta dr hasil pendpatan sy perlu dibhgi dua atau dianggap harta sepencarian..sedangkan suami kurang kemampuan dn tanggung hutang..

    BalasPadam
  5. krn lelaki gagal bertanggungjwb, wanita yg terpaksa menanggung pelbagai beban.. penyelesaian yg sgt rumit dan pjg.. berbeza jika wanita gagal brtgjwb.. sekelip mata selesai! mudahnya lelaki dan rumitnya wanita.. kesian wanita hidupnya sentiasa dicengkam..

    BalasPadam
  6. as salam....
    bagaimana seorang suami blh berkahwin lain sedangkan dia sendiri tak mampu nak beri nafkah pada isteri dan anak2nya sekarang,? berkahwin melalui peguam dan tak perlu izin isteri pertama, mengapa begitu mudah sistem perundangan sekarang?

    BalasPadam
  7. Yup.Thats what happening now.
    Suami sesenang jer kawin kt negara jiran without restu isteri dan sesenang jer nk daftar kahwin slps tu..pihak agama didn't bother to call.or ask isteri pertama biarpun dia tahu poligami tu tanpa kebenaran isteri pertama. Thats why I dh tak.percaya pejabat agama kt malaysia ni. Kata nk mempertahankan hak kaum wanita..tapi hampehhhh...

    BalasPadam
  8. senangnya jadi lelaki. walau tak mampu nak jalankan tanggungjawab keatas isteri dan anak-anak boleh je pergi bernikah kat siam. malah nak mencukupkan keperluan untu diri sendiri pon tak mampu juga. kesian isteri pertama yang berkorban untuk suami malah mengambialih tanggungjawab si suami untuk menyara keluaraga sebelum suami berkahwi lagi pon.. sepatutnya berterima kasih tak terhingga kepada isteri yang merupakan tulangbelakang keluarga.membantu apa saja untuk kebahgaian rumahtangga. mudah2 saja lelaki berkahwin lagi dan si perempuan yang menjadi isteri kedua sebenarnya entah apa tujuannya bernikah dengan suami orang yang ramai anak dan tak mampu menunaikan tanggungjawab memberi tempat tinggal dan nafkah zahir. Setuju pulak bernikah di siam dan meninggalkan keluarga dan tanpa restu keluarga. siapakah yang salah di dalam hal ini. Adakah memang suratan takdir dan jodoh di tangan Tuhan? Entahlah.. lelaki memang gatal...tetap perempuan jika perempuan tidak melayan, ikut pergi makan2, berdating, bersms tidak berhenti2 mengoda lelaki tua, membuat perkara yang menghampiri maksiat... perkara ini takkan terjadi Alasan yang diberi..kalau tak kawin akan terjebak dengan maksiat. Adakah ini ketentuan tuhan.. kerana tuhan tidak
    menyuruh manusia melakukan perbuatan yang menghampiri maksiat; Deritanya jadi isteri pertama.. mungkin dah tua.. suami dah tak selera...tapi si suami tua pon sama tua juga. Siapa yang tak sedar diri dalam hal ini

    BalasPadam
  9. Sy ada buat tuntutan cerai..kerana suami cedera kn sy..sekarang suami minta sy bersama semula demi ank..tapi sy da failkan cerai..boleh ke sy batalkan..

    BalasPadam
  10. Betul tu.. senang2 dia kawin 2 pastu nak suruh kita paham keadaan dia.. dulu susah kita ni bergolok gadai tuk dia... bila dah senang tak smp setahun kawin lain...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Suami saya berkhawin tanpa pengetahuan saya..dia bkn mampu nak bernikah lagi tiap bln walaupun dia bagi tapu cukup untuk anak he..keperluan saya langsung tak ambil tahu..jadi bila dah nikah lagi satu dah tak mampu ckp saya pulak tak faham dia..hai knp tak mintak tlg bini number 2 tlg...skrg rasa la bebannya nak sgt yg sorang sibuk dgn laki org yg lagi sorang sibuk bak berbini kagi...

    BalasPadam
  13. DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

    BalasPadam